Candi Prambanan
Candi Prambanan

Candi Prambanan

Candi Prambanan atau Candi Rara Jonggrang, monumen yang terletak di Desa Bokoharjo, Kecamatan Prambanan, Sleman, Yogyakarta ialah kompleks kuil Hindu yang terbesar bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Asia Tenggara, dan merupakan candi Hindu terindah di Asia Tenggara. Ia terletak di pulau Jawa, lebih kurang 20 kilometer di timur Yogyakarta, 40 kilometer di barat Surakarta dan 120 kilometer di selatan Semarang, tepat pada sempadan antara provinsi Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogyakarta.Candi ini dibina pada sekitar tahun 850 Masehi semasa Wangsa Sanjaya. Bagaimanapun, adakah candi ini dibina oleh Rakai Pikatan, raja kedua wangsa Mataram I atau oleh Balitung Maha Sambu, tidak dapat dipastikan. Tidak lama selepas dibina, candi ini ditinggalkan dan mula rosak.